COSMIC 2020 October: From SGM General Director (Malay language)

   
Tindakan Satu Orang Mampu Menggerakkan Riak dan Ombak yang Besar ◄ Back to COSMIC 2020 October
 

“Seperti sungai yang terbentuk daripada satu mata air yang kecil, sebatang sungai keamanan boleh terbentuk daripada setiap anggota individu dengan begini.”(1)

Segalanya bermula daripada satu orang. Usaha besar kosen-rufu dan keamanan juga tidak terkecuali.

Pada 2 Oktober 1960, Presiden SGI, Encik Daisaku Ikeda berangkat dari Lapangan Terbang Haneda di Tokyo, memulakan langkah pertama untuk penjelajahan kosen-rufu sedunianya, dengan azam kuat untuk keamanan yang membara di dalam hatinya.

Beliau berbuat demikian demi merealisasikan amanat mentornya, Josei Toda yang memintanya untuk “melangkah keluar menuju ke dunia,” dan juga mengambil langkah pertama untuk menerokai sungai besar keamanan dan kebahagiaan. Dalam penjelajahan sulung itu, beliau mengunjungi Amerika Syarikat, Kanada dan Brazil.

Pada hari ini, penjelajahan kosen-rufu sedunia sudah mencecah usia 60 tahun. Gelombang keamanan dan kebahagiaan yang digerakkan oleh seorang lelaki 60 tahun yang lalu kini berkembang menjadi banyak riak dan ombak.

Semasa Presiden Ikeda melangkah keluar menuju ke dunia pada 1960, Jepun dan dunia sedang bergolak.

Keadaan pada masa itu huru- hara dan manusia sedang menderita.

Dengan latar belakang keadaan ini, Presiden Ikeda yakin bahawa matahari keamanan akan terbit dan menandakan kedatangan fajar baharu dalam sejarah manusia.

Dalam tempoh 60 tahun ini, Presiden Ikeda telah mengunjungi 54 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Di mana sahaja beliau pergi, beliau meratib daimoku tanpa henti, mendoakan kebahagiaan anggota [SGI] di sana dan juga kemakmuran tempat yang dilawatinya. Beliau memberi dorongan dan bimbingan dengan sepenuh hati kepada setiap orang yang ditemuinya dalam lawatan- lawatan tersebut.

Terima kasih kepada usaha gigihnya, Bodisattva Bumi yang berkebolehan muncul di mana-mana sahaja. Pada hari ini, Bodhisattva Bumi ini membentuk daya penggerak yang sangat kuat, yang berdedikasi untuk melindungi keamanan dunia kita dan juga di setiap negara.

Seperti yang disebut oleh Hiromasa Ikeda, Naib Presiden SGI, penjelajahan kosen-rufu yang bermula pada tahun 1960 itu telah membuka tirai untuk agama dunia.

Pada tahun tersebut, Buddhisme Nichiren masih lagi belum merentasi sempadan Jepun, tetapi berkat perjuangan 60 tahun Presiden Ikeda, Buddhisme Nichiren telah tersebar ke 192 negara dan wilayah, seterusnya muncul sebagai agama dunia, mencipta perkembangan yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah Buddhisme.

Seperti yang telah dikatakan oleh Presiden Ikeda, pada masa ini, SGI telah tersebar ke 192 negara dan wilayah, dan daimoku dengan keinginan untuk mencapai keamanan dan kebahagiaan boleh kedengaran di mana-mana di seluruh dunia 24 jam sehari.(2) “Angin kencang” Nam- myoho-renge-kyo tidak akan terhenti tidak kira siapa sahaja yang mencuba untuk menyekatnya.3 Pada zaman ini, di mana “angin kencang” yang bertiup ke seluruh dunia telah benar-benar tiba.

Tindakan Presiden Ikeda di seluruh dunia juga turut merealisasikan ramalan mengenai penyebaran Buddhism ke arah barat dan juga “kosen-rufu di seluruh Jambudvipa (seluruh dunia),” membolehkan Buddhisme Nichiren benar-benar menjadi agama dunia.

“Satu itu ibu kepada sepuluh ribu.” (WND-1, hlm. 131) Perjuangan Presiden Ikeda yang bermula dari tahun 1960 telah menghasilkan riak dan ombak, seterusnya mecipta sejarah baharu untuk manusia.

(1) SGI Newsletter bernombor 3460, bertarikh 29. 01.1998 / Daisaku Ikeda, Thoughts on The New Human Revolution (Soka Gakkai Malaysia, 1998), buku 1, hlm. 31.
(2) FLOW bernombor 590 (15.10.2014), hlm. 47.
(3) Cf. Daisaku Ikeda et al, The Wisdom of the Lotus Sutra (Eternal Ganges Press , 2012), jil. 6, hlm. 271.

 

◄ 2020 Sep                 2020 Nov ►



Print