COSMIC 2020 March: From SGM General Director (Malay language)

   
Sumbangan Kewangan yang Ikhlas Membawa kepada Rezeki yang Tidak Terbatas ◄ Back to COSMIC 2020 March
 

Dengan matlamat untuk memupuk dan mendidik warga dunia yang berkebolehan, SGM telah membuat keputusan untuk membina Sekolah Internasional Soka (SIS) di Seremban, Negeri Sembilan.

Apabila diumumkan, ahli di seluruh negara bergembira. Setelah mendapati bahawa satu lagi institusi yang akan berdedikasi untuk merealisasikan pendidikan Soka dan memupuk serta mendidik orang yang berkebolehan yang akan memberi sumbangan kepada kebahagiaan manusia dan keamanan dunia akan dibina, para ahli dan pemimpin SGM sangat gembira.

Untuk menyempurnakan usaha besar dalam bidang pendidikan yang sekali sahaja dalam hayat ini, SGM akan mengadakan kempen sumbangan kewangan khas untuk enam sesi dalam masa tiga tahun, bermula dari bulan April ini.

Rezeki yang diperoleh daripada sumbangan kewangan yang ikhlas benar-benar tidak terhingga. Sutra Teratai ada menyatakan: “Manfaat yang diperoleh oleh seseorang itu akan menjadi suatu takat yang tidak akan selesai dikira walaupun dengan kearifan Buddha sekali pun.” (LSOC23, hlm. 328) Betapa tidak terhingga dan terbatasnya rezeki yang diperoleh daripada memberi sumbangan kewangan, hingga kearifan Buddha juga tidak berupaya untuk mengiranya.

Rezeki yang diperoleh bukan terhad kepada kita sendiri sahaja. Nichiren Daishonin mengajar: “Rezeki daripada sumbangan ini bukan sahaja akan dilanjutkan kepada ibu bapa tetapi juga kepada datuk dan nenek anda.…” (WND-1, hlm. 533) Ahli keluarga kita dan juga generasi yang akan datang juga akan turut menikmati rezeki.

Rezeki hasil daripada memberi sumbangan kewangan sangat menakjubkan, kita berharap agar tiada seorang pun ahli kita yang akan tertinggal semasa kempen ini diadakan. Biarkanlah setiap orang berpeluang mengumpul rezeki yang besar. Keadaan ekonomi semasa adalah suram dan wabak Covid-19 juga memberi tamparan terhadap banyak perniagaan. Namun begitu, selagi kita berpegang pada kepercayaan agama yang tulus ikhlas, mempunyai azam yang teguh dan berusaha menentang segala aral yang melintang, selagi itulah kita akan dapat memperoleh rezeki yang tidak terbatas dan mara menuju laluan Alam Buddha.

Presiden SGI, Encik Daisaku Ikeda berkata: “‘Waktu’ adalah penting dalam perkembangan kosen-rufu…Berusaha gigih dengan sepenuh hati dalam amalan kita, tanpa melepaskan satu pun ‘waktu,’ detik yang sangat penting, kita akan mampu menunaikan misi kita dan mencapai Alam Buddha dalam hayat ini.”(1)

Sekarang, pada masa ini, apabila SGM sedang membina SIS, kita berharap agar ahliahli kita akan merebut peluang yang jarang ada pada masa yang indah ini untuk menghulurkan sokongan ke arah merealisasikan usaha besar dalam bidang pendidikan ini.

Menyingkap kembali pembinaan Pusat Kebudayaan SGM (1988), Tadika Seri Soka (1995), Wisma Kebudayaan SGM (2001) and the Pusat Pendidikan dan Kebudayaan Asia SGI (2016), para ahli yang mengambil bahagian dalam kempen sumbangan kewangan pada ketika itu gembira mereka berpeluang berbuat demikian. Bagi mereka, tindakan yang terpuji ini telah “kekal sebagai satu-satunya memori dalam hayat semasa [mereka] di dunia ini.” (WND-1, hlm. 64) dan juga suatu ingatan keemasan.

Presiden Ikeda percaya bahawa pembinaan kemanusiaan adalah usaha yang paling luhur dan memupuk serta mendidk anakanak kita adalah usaha untuk membina masa hadapan. Oleh yang demikan, beliau menganggap pendidikan sebagai usaha yang paling luhur dan telah mengumumkan bahawa pendidikan akan menjadi usaha yang terakhir dalam hayatnya.

Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan adalah asas kebahagiaan manusia dan daya penggerak untuk mewujudkan keamanan. Daripada perspektif ini, matlamat muktamad pendidikan dan kosen-rufu adalah satu dan sama.

Marilah kita mewujudkan perpaduan yang utuh, sekukuh besi, bersatu padu dalam banyak tubuh tetapi satu hati dan berusaha untuk memastikan penyudahan SIS dalam tahun 2023, dan mencipta sejarah dari satu detik ke satu detik!

(1) Daisaku Ikeda, The New Human Revolution, jil. 26, bab 4 “Bold Advance.”

 

◄ 2020 Feb                 2020 Apr



Print