COSMIC 2019 September: From SGM General Director (Malay language)

Demi Keamanan, Berlarilah Bersama-sama dengan Mentor ◄ Back to COSMIC 2019 September
 

Presiden SGI, Encik Daisaku Ikeda berkata segalanya bermula dari tindakan satu orang untuk memulakan riak ombak, kemudian melebar menjadi ombak besar.

Seperti yang dinyatakan oleh beliau, semasa Soka Gakkai Malaysia (SGM) pertama kali menganjurkan Larian Keamanan pada tahun 2005, hanya ada 1,000 orang peserta, kini penyertaan ini melebar menjadi ombak besar keamanan.

Pada bulan September ini, SGM akan menganjurkan Larian Keamanan di 28 lokasi di seluruh negara untuk kali kelapan. Acara ini berjaya menarik lebih daripada 110,000 orang peserta untuk berdaftar. Ini membentuk kuasa yang kuat untuk keamanan.

Para peserta terdiri daripada golongan tua dan muda, tidak kira bangsa dan agama, membuktikan bahawa sebenarnya setiap rakyat juga cinta akan keamanan, malah setiap rakyat juga mampu memberi sumbangan demi keamanan. Setiap orang layak menjadi watak utama demi keamanan.

Yang menggembirakan, kebanyakan daripada peserta itu terdiri daripada golongan belia. Belia melambangkan masa hadapan. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Presiden Ikeda bahawa keamanan yang berabad-abad lamanya hanya boleh dilaksanakan dan diamanahkan oleh golongan belia. Melalui Larian Keamanan, golongan belia boleh memupuk bibit-bibit keamanan. Mereka mesti mendirikan dalam hidup mereka falsafah menghormati kehidupan dan semangat belas kasihan yang menyayangi semua makhluk, serta mendidik golongan belia menjadi pengibar bendera yang memelihara keamanan.

Peperangan memang kejam, memusnahkan ribuan nyawa manusia yang berharga dan mengakibatkan pembinasaan kepada banyak manusia, menyebabkan mereka terjerumus ke kancah penderitaan. Sesungguhnya peperangan adalah syaitan yang paling ganas.

Organisasi SGM memahami kesengsaraan peperangan, bertekad memikul misi untuk menggalakkan keamanan, lebihlebih lagi tidak akan mengalah dan bertolak ansur terhadap senjata nuklear yang dianggap sebagai “kejahatan yang mutlak.”

Larian Keamanan bertitik tolak daripada “Pengisytiharan Menggesa Penghapusan Senjata Nuklear” Presiden Kedua Soka Soka Gakkai, Encik Josei Toda, pada September 8, 1957. Inti pati pengisytiharan ini bertujuan membinasakan kuku syaitan yang berselindung di sebalik penggunaan senjata nuklear itu dan juga untuk melenyapkan kehidupan bersifat syaitan yang bertapak di hati manusia.

Malaysia, negara yang mencintai keamanan. Malaysia sentiasa mempunyai pendirian yang jelas mengenai penentangan terhadap penggunaan senjata nuklear. Pada 7 Julai 2017, Perjanjian Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Malaysia merupakan satu daripada negara anggota yang menyokong kelulusan itu.

Sekarang, kita perlu berusaha lebih lagi untuk memastikan Malaysia mengesahkan Perjanjian Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear agar ia dapat berkuat kuasa dengan secepat yang mungkin di dunia.

Melalui Larian Keamanan ini, kami menyeru peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini sama-sama menyatakan sokongan terhadap keamanan, bahawa “Saya memberi sokongan yang penuh terhadap sebarang usaha kerajaan untuk menghapuskan penggunaan senjata nuklear, termasuklah meluluskan Perjanjian Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear.”

Biarkanlah kesedaran dan keazaman untuk memelihara keamanan dunia tidak henti-henti tersebar dan semakin berkembang dalam kalangan rakyat jelata.

Mengenai Larian Keamanan yang dianjurkan oleh SGM, Presiden Ikeda pernah berkata bahawa asas kepada acara ini adalah keamanan, keamanan haruslah bermula dari tempat di mana setiap kita berada sekarang. Seterusnya beliau berkata bahawa “Sebagai orang yang telah lama aktif dalam usaha mencapai keamanan dunia, saya memberi jaminan bahawa, selagi saya hidup, selagi itulah saya akan berikrar untuk terus berlari bersama-sama dengan perarakan besarbesaran rakyat biasa di Malaysia, sama-sama merealisasikan Matlamat Pembangunan Lestari.”(1)

Menjelang “Larian Keamanan”pada bulan September ini, marilah kita sematkan tekad yang berkobar-kobar untuk “berlari bersamasama dengan mentor” demi mewujudkan jalan keamanan yang utuh demi Malaysia, demi dunia!

(1) COSMIC naskhah September 2017, hlm. 43.

 

◄ 2019 Aug                 2019 Oct



Print