COSMIC 2019 June: From SGM General Director (Malay language)

Majukanlah Kerja Luhur Kosen-rufu ke Hadapan ◄ Back to COSMIC 2019 June
 

Menyambut Ulang Tahun ke-55 Kosen-rufu Malaysia dan Ulang Tahun ke-35 Penubuhan Soka Gakkai Malaysia

Masa berlalu dengan pantas sekali. Kosen-rufu di Malaysia telah menempuhi 55 tahun lamanya manakala penubuhan Soka Gakkai Malaysia (SGM) sudahpun 35 tahun.

Walaupun 35 atau 55 tahun itu adalah jangka masa yang panjang, tetapi dari aspek aliran sejarah yang panjang, ia hanyalah sekelip mata sahaja. Apabila mengenang semula jalan yang telah ditempuhi selama ini, jalan tersebut memanglah penuh dengan pelbagai cabaran dan kesukaran. Seperti yang pernah digambarkan oleh Presiden SGI, Encik Daisaku Ikeda, mengenai kegiatan bersejarah kosen-rufu ini: ia adalah satu perjalanan yang penuh dengan kesukaran di mana kita akan belayar di tengah-tengah ribut yang ganas, tidak henti-henti dibadai oleh ombak bergelora yang tidak berbelas kasihan.

Bagaimanakah kosen-rufu di Malaysia berjaya berkembang sehingga mencapai skala yang kita lihat pada hari ini? Pencapaian ini adalah hasil titik peluh dan usaha yang tidak mementingkan diri sendiri golongan perintis dan ramai lagi warga biasa yang sanggup memerah keringat sambil menerokai jalan ini. Asas yang kukuh dan pencapaian kosen-rufu yang cemerlang ini akan terukir dalam sejarah kosen-rufu di Malaysia untuk selama-lamanya.

Pepatah dalam Bahasa Cina ada berkata: “Apabila minum air, ingatlah akan sumbernya (bermakna hendaklah selalu bersyukur).” Sempena kita menyambut ulang tahun ke-55 kosen-rufu Malaysia dan ulang tahun ke-35 penubuhan Soka Gakkai Malaysia (5535), terlebih dahulu, kita hendaklah menzahirkan penghargaan dan mengenang budi golongan perintis kita. Tidak kira betapa cepatnya masa berlalu, janganlah kita lupa akan apa yang telah mereka lakukan untuk kita.

Perkara yang lebih penting ialah kita di Malaysia janganlah sekalikali lupa akan budi baik yang kita terhutang kepada mentor kita, Presiden Ikeda.

Presiden Ikeda mengunjungi Malaysia pada tahun 1988 dan 2000. Beliau telah menerokai laluan kebudayaan dan pendidikan, di samping itu juga memberikan bimbingan dan panduan yang penting untuk kita. Presiden Ikeda telah mengukirkan sejarah keemasan di Malaysia dan juga membuka pintu keemasan kosen-rufu abad ke-21 untuk kita. Marilah kita terus mara dengan semangat waja menyusuri laluan mentor.

Signifikan lain di sebalik sambutan 5535 ialah kita haruslah mengenang semula pada apa yang berlalu, membuat rumusan dan memadang ke hadapan. Marilah kita mengusahakan segala usaha baharu dan membina, atas asas yang baharu ini, sebuah kubu besar yang mencapai puncak baharu untuk kosen-rufu.

Pada masa lampau, terdapat beberapa amalan yang buruk, rintangan dan halangan yang mengekang kemajuan kita; kita mesti menghapuskannya. Kita mesti menghargai dan menegakkan tradisi dan amalan yang baik yang telah kita bina, dan mengembangkannya.

Bimbingan yang sangat penting yang Presiden Ikeda sering mengingatkan kita untuk mengamalkannya ialah “bersatu hati berdasarkan perpaduan berlainan tubuh tetapi satu minda.” Perpaduan sering menjadi tradisi yang terbaik untuk SGM dan kita hendaklah memeliharanya. Janganlah kita sekali-kali lupa akan panduan abadi Presiden Ikeda kepada kita: “Membina Kubu Manusia Hebat yang Paling Bersatu Hati di Dunia!” dan “Perpaduan yang Paling Bersatu Hati di Dunia.”

Presiden Ikeda pernah berkata kepada semua ahli SGM: “Tidak kira betapa curamnya puncak kosen-rufu, jika wujudnya perpaduan dari segi kepercayaan, kita akan berupaya mendakinya.”(1) Kunci ke arah mencapai kemenangan mutlak – pada hakikatnya, satu-satu caranya – ialah kita hendaklah berusaha sebagai keluarga Soka yang bersatu hati dalam perjuangan bersama.

Semasa kita memandang ke hadapan dalam perjalanan kosen rufu ini, kita haruslah ingat dan berhati-hati terhadap pelbagai penganiayaan dan rintangan yang terbentang di hadapan, di samping kemunculan pengkhianat yang akan mengganggu perpaduan di dalam organisasi.

Jalan kosen-rufu tidak pernah lancar. Presiden Ikeda telah menyifatkannya sebagai “curam dan berliku-liku”, dan “perjuangan yang menyeluruh.” Apa yang akan membolehkan kita berjaya dalam dugaan yang akan dihadapi ialah perpaduan kita.

Senior kita meninggalkan sejarah yang gemilang untuk sambutan 5535 kita. Kita hendaklah belajar daripada apa yang telah diberikan oleh mereka, dan ketika kita merenung ke arah masa hadapan, kita mengembangkan lagi kerja luhur kosen-rufu, menuliskan sejarah cemerlang yang abadi!

(1) COSMIC, Januari 2016, hlm 53.

 

◄ 2019 May                 2019 Jul



Print