Books: Dialogues: DIALOG TIMUR‐BARAT - Melihat Kepada Revolusi Manusia

◄ Back to book list

TITLE: DIALOG TIMUR‐BARAT - Melihat Kepada Revolusi Manusia
Author: Ricardo Diez-Hochleitner & Daisaku Ikeda
Publisher: GAPENA
Year of published: 2009
Binding: Paperback & Hard Cover
Language: MALAY
ISBN: (S)978-983-42074-6-5 (H)978-983-42074-7-2
Price: (S)28.00 (H)40.00

Description:

Sejauh mana budaya mempengaruhi masa hadapan planet? Bolehkah perdebatan mengenai alam sekitar dan pemanasan global dipengaruhi oleh budaya Timur dan Barat memahami antara satu sama lain dengan lebih baik? Dalam dialog yang bersifat provoaktif dan luas ruang lingkupnya ini, dua daripada pemikir yang paling berpengaruhi kebelakangan ini menyarankan bahawa cuma 'revolusi manusia' shajalah - perubahan asas dalam hati dan minda individu - yang dapat mendorong suatu revolusi dalam hubungan manusia dengan planet. Revolusi peringkat planet sebegini pertama-tama memerlukan transformasi akhlak dan kepimpinan politik, dan orientasi yang penuh harapan untuk kanak-kanak masa hadapan dan bukannya keasyikan yang terpedaya dengan dasar jangka pendek masa kini. Merespons kepada penyakit manusia daripada perspektif Buddha, dan dengan segala kearifan yang terkumpul mengenai tradisi falsafah timur, Daisaku Ikeda menyarankan kepada ahli-ahli politik supaya memegang erat kepada penghormatan terhadap maruah kehidupan dan kepetahannya untuk mengilhamkan manusia supaya sedar terhadap komuniti yang sesuai dan keberanian. Sepadan dengannya, pakar ekonomi dan cendekiawan pendidikan tersohor Barat, Ricardo Dies-Hochleitner, menegaskan peri pentingnya rancangan dan pembangunan pendidikan yang teratur dalam menangani cabaran yang ditimbulkan oleh kemiskinan, ketidaksamaan dan perubahan cuaca. Menyebut tentang para pemikir yang penting seperti Cervantes, Victor Hugo, Gandhi dan Walt Whitman, dua wakil yang berbeza tetapi saling melengkapi dalam tradisi budaya dan intelek, sementara mengakui skala tugas yang terbenteng di hadapan mereka, memberikan wawasan yang penuh dengan harapan dan memberikan inspirasi untuk masa hadapan.

 

◄ Previous issue                 Next issue ►



Print